‘Set sekali siput”, pelanggan terkejut jumpa siput perosak dalam hidangan kailan… rupanya ramai dah terkena

‘Set sekali siput”, pelanggan terkejut jumpa siput perosak dalam hidangan kailan… rupanya ramai dah terkena

ISU kebersihan premis dan makanan yang disediakan pengendali restoran mahupun kedai makan adalah perkara penting yang tidak boleh dikompromi.

Kegagalan mematuhi perkara asas itu boleh mengundang kemudaratan kepada kesihatan pelanggan.

Terbaharu, tular satu video disebarkan seorang pengguna TikTok bagi melahirkan rasa kecewa dengan sebuah kedai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana didakwa sebagai pengotor

 

@majoritiofficial

Kedai Mana Ni? Kembang Tekak Aku 🤮🤮#trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #makananberulat #kedaipengotor #kampungbaru

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seperti seekor siput perosak tanaman dalam hidangan sayur kailan ikan masin yang dipesannya.

Difahamkan, video tersebut memaparkan seekor siput sudah tidak bergerak dijumpai di dalam Kailan Ikan Masin yang baru disedari dalam hidangan itu.

“Tengah syok makan tiba-tiba sayur kau ada siput.

Please semua hati-hati kalau nak pergi makan dekat satu kedai seafood di Kampung Baru,” tulisnya dalam kasyen video yang dikongsikan.

Rakaman berdurasi 10 saat itu memaparkan makanan yang dipesannya sudahpun dijamah sebelum menyedari tentang haiwan perosak itu.

Tambah individu berkenaan, apa yang lebih mengecewakan apabila aduannya tentang penemuan siput tersebut tidak diendahkan kakitangan restoran.

“Ya mungkin (tak sengaja) tapi apabila kita panggil staf, dia buat tak tahu je… tu yang jadi lagi geram,” katanya lagi ketika membalas komen netizen.

Netizen turut mendakwa sayuran tidak dicuci dengan betul.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian itu dengan ramai yang mengandaikan bahawa sayur kailan yang dimasak tidak dicuci dan dibilas dengan betul sehingga kehadiran siput tersebut tidak disedari tukang masak.

“Sayur kena basuh betul-betul. Bahan masakan ni ambil masa yang lama untuk basuh pun tak apa. Supaya makanan dijamin bersih.

“Set sekali siput tu. Alahai tuan kedai kenapa main masak saja. Mesti dia tak cuci bersih,” komen netizen mengenai serangga perosak itu.

Ikan singgang busuk, hanyir macam rendam kain buruk.

NETIZEN

Susulan perkongsian itu juga, beberapa netizen turut mendakwa berdepan pengalaman buruk ketika berkunjung ke restoran yang sama.

Selain merungut tentang isu kebersihan, ada juga yang melahirkan rasa kurang senang dengan servis lambat pekerja di restoran ini.

“Allahu, kedai ni saya terkena satu famili. Ikan singgang busuk, hanyir macam rendam kain buruk. Ikan tiga rasa, kailan… emmm… First and last pijak situ.

Netizen turut berkongsi pengalaman sama dihadapi.

“Kotor satu hal, makanan lambat siap pun sama. Lepas tu harga dia mahal juga.

“Saya pernah kena kedai jual ikan busuk tapi dia cakap ikan bekok (ikan bengkak berbau). Ada juga macam ni,” komen beberapa netizen.