Sesi persekolahan bermula 20 Januari, IPT seawal 1 Mac
SESI persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen sebentar tadi, Muhyiddin berkata keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa mulai risau anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.