“Servis sunat bayi perempuan di UK diharamkan” – Dr Amalina

“Servis sunat bayi perempuan di UK diharamkan” – Dr Amalina

Seperti yang diketahui umum, pakar bedah, Dr Amalina telah dikurniakan cahaya mata, Arabell Mia beberapa bulan yang lalu.

Baru-baru ini, Dr Amalina telah menjawab satu soalan daripada netizen mengenai kewujudan servis sunat bayi perempuan di United Kingdom.

Tidak boleh

Soalan tersebut telah dihantar oleh netizen melalui widget ‘Ask Me A Question’ di Instagram Dr Amalina.

         Tidak, ia diharamkan di UK!! – Dr. Amalina

Namun, apabila ditanya mengenai servis sunat terhadap lelaki, Dr. Amalina menjawab bahawa servis itu boleh didapati di hospital United Kingdom.

Ooo, sekarang baru tahu servis sunat bayi perempuan diharamkan di sana.

Kredit: Instagram