Seram! Bekalan elektrik terputus, penumpang rollercoaster masih tergantung di atas sana

Seram! Bekalan elektrik terputus, penumpang rollercoaster masih tergantung di atas sana

Setiap kali ingin menaiki rollercoaster apabila berkunjung ke taman tema, pasti ramai yang teringatkan babak dari filem Final Destination ketiga apabila tunggangan yang dinaiki mengalami masalah teknikal.

Hakikatnya kebanyakkan operasi pengangkutan yang berisiko tinggi seperti rollercoaster sentiasa dikawal rapi untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.

Tetapi sebuah kejadian yang berlaku di Jepun baru-baru ini membuktikan kepada orang ramai bahawa ketakutan mereka untuk menaiki rollercoaster adalah waras setelah beberapa penumpang tergantung di udara akibat bekalan elektrik terputus.

Kejadian yang berlaku pada tunggangan Hollywood Dream di Universal Studio Jepun sekitar jam 12.30 tengahari itu disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik di sebahagian zon Kanohana dan Minato menyebabkan tarikan taman tema itu juga tidak dapat meneruskan perjalanan.

Akibatnya 35 penumpang terkandas apabila tunggangan itu berhenti di udara sebelum berjaya dibawa keluar oleh petugas melalui laluan kecemasan pada pukul 3 petang.

Video yang dikongsikan di media sosial membuat orang ramai kecut perut apabila melihat rollercoaster itu berhenti secara terbalik di udara, sama seperti babak di dalam filem Final Destination.

“Aku akan menjerit sampai dia jalan balik…”

“SEBAB TU LA AKU XNAK NAIK ROLLER COASTER…”

“Takut tu memang takut tapi …”

“THE REAL FINAL DESTINATION BETHOL…”