Sepupu OKU hilang sejak 13 Ogos, Mizz Nina mohon bantuan orang ramai

Sepupu OKU hilang sejak 13 Ogos, Mizz Nina mohon bantuan orang ramai

KEHILANGAN insan tersayang tentu sahaja menjadi satu tamparan berat lebih-lebih lagi individu tersebut adalah orang kelainan upaya (OKU).

Begitu juga dengan selebriti, Mizz Nina yang mengharapkan agar orang ramai dapat membantu mencari sepupunya yang dilaporkan hilang sejak 13 Ogos lalu.

Kongsi Mizz Nina di Instagram, dia memohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan sepupunya itu agar menghubunginya.

Untitled design (8)

Maklumat mengenai Khairina Mohd Hishamuddin berusia 26 tahun.

“Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Sekiranya ada antara anda semua yang perlu melihatnya tolong hubungi nombor di hebahan.

“Harap dapat kongsi dan semoga Allah permudahkan segalanya, amin,” tulisnya.

Kongsi Mizz Nina, sepupunya yang hilang itu dikenali sebagai Khairina Mohd Hishamuddin dan berusia 26 tahun.

Khairina kali terakhir dia dilihat di sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.