“Seorang di Sarawak dah dihukum penjara” – Awas! sudah 10 individu didakwa di mahkamah, palsukan sijil vaksin!

“Seorang di Sarawak dah dihukum penjara” – Awas! sudah 10 individu didakwa di mahkamah, palsukan sijil vaksin!

Setakat ini, seramai 10 individu sudah didakwa dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil vaksinasi. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, daripada jumlah tersebut, seorang individu telah didapati bersalah atas pertuduhan itu.

 
 

Menurut Berita Harian, berikut adalah pecahan mengikut negeri:

  • Kelantan (1 orang)
  • Melaka (2 orang)
  • Perak (1 orang)
  • Sabah (2 orang)
  • Sarawak (4 orang)

Sijil Digital Vaksin Palsu

Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak, di mana mahkamah sudah memberikan sabitan dengan hukuman penjara.”

Beliau berkata sedemikian ketika  sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai jumlah individu dikenakan tindakan kerana memalsukan sijil suntikan vaksin.

Suntikan Vaksin

Sebelum ini, beberapa laporan media mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang didapati cuba menjual sijil vaksinasi palsu kepada orang awam. Antara yang dilaporkan adalah pada bulan lalu selepas Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor berkongsi di Facebook peribadinya.

Pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah didapati menjual sijil digital vaksin menerusi media sosial pada harga RM15 dan sijil palsu dicetak berkenaan memaparkan maklumat penerima.