‘Seolah faham apa kami bualkan’ – Sempat buat panggilan video terakhir, Shuib lihat air mata Siti Sarah mengalir

‘Seolah faham apa kami bualkan’ – Sempat buat panggilan video terakhir, Shuib lihat air mata Siti Sarah mengalir

Pelawak terkenal iaitu Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memaklumkan dia bersama tiga orang anak sempat membuat panggilan video terakhir bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin ketika sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

 

Sempat video call arwah

Memetik laporan Berita Harian, Shuib memaklumkan dengan bantuan jururawat dan doktor yang bertugas, dia dan anak-anak dapat membuat panggilan video serta berpeluang menatap wajah Allahyarham buat kali terahir ketika masih bernyawa.

Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.

Menurut Shuib lagi, selepas selesai bacaan Yassin dan doa selamat yang diadakan malam tadi, dia sempat ke hospital namun tidak dibenarkan masuk untuk bertemu isterinya itu.

Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibunya.

Arwah minta dikebumikan sebelah kubur ibu

Difahamkan, jenazah Allahyarham Siti Sarah akan ditayamum dan disolatkan di hospital sebelum dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak pada jam 12 tengah hari ini.

Arwah memang minta dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya. Jika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya.

Shuib mengakui redha dengan pemergian isteri tercinta selain berjanji akan menjaga keempat-empat cahaya mata mereka dengan baik.

Arwah menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya.

Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan arwah kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gaza.

Sumber: Berita Harian