“Semoga jadi asbab penghapus Dosa..”- Hefny Sahad positif COVID-19

“Semoga jadi asbab penghapus Dosa..”- Hefny Sahad positif COVID-19

Penyampai radio Sinar FM, Hefny Saad memaklumkan bahawa dirinya positif COVID-19 selepas seminggu menerima suntikan vaksin.

Hefny berkongsikan mengenai perkara tersebut di mana dia memuat naik sekeping foto memaparkan pergelangan tangannya yang dipakaikan gelang berwarna merah jambu.

Dia yang berharap apa yang terjadi menjadi salah satu asbab dalam menghapuskan dosa-dosanya, Hefny turut memberitahu bahawa keadaan kesihatannya semakin baik berbanding beberapa hari yang lalu.

 

“Alhamdullilah, keadaan saya baik-baik sahaja berbanding tiga dan empat hari lalu. Nanti saya kongsi sedikit kronologi dan simptom yang saya lalui sepanjang beberapa hari supaya dapat belajar sesuatu dan bersedia. Stay safe guys!”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis yang tampil memberikan doa selamat dan mendoakan agar kesihatan Hefny kembali pulih seperti sebelum ini.

Terdahulu, antara artis tempatan yang dilaporkan positif COVID-19 antaranya Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Alif Satar, Emma Maembong, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Hefny!