Semasa sediakan makan malam, tiba-tiba nampak kala jengking dalam sayur

Semasa sediakan makan malam, tiba-tiba nampak kala jengking dalam sayur

Seorang ibu terkejut apabila mendapati seekor kala jengking yang masih hidup berada di dalam brokoli yang baru sahaja dibelinya dari sebuah pasar raya, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, wanita tersebut, Chloe Mitchell dari Australia menemui serangga berbisa itu sebelum dia meletakkan beberapa brokoli ke dalam pengukus.

Menurutnya, brokoli itu dibeli oleh bapa mentuanya dari sebuah pasar raya di Ulladulla New South Wales sebelum itu.

Namun semasa dia sedang menyediakan hidangan, Mitchell membasuh brokoli itu terlebih dahulu sebelum memotongnya.

“Saya memasukkan brokoli yang dipotong itu ke dalam pengukus.

“Saya menyedari sesuatu sedang merangkak di sekeliling papan pemotong.

“Ternyata apa yang saya lihat itu adalah kala jengking yang hidup dalam brokoli.

“Saya kemudiannya panik lalu menjerit ketakutan setelah melihat haiwan berbisa itu,” kata Mitchell kepada 9Honey Kitchen.

Mitchel turut berkongsikan beberapa gambar penemuan haiwan berbisa itu di dalam Group di laman Facebook yang bernama Aldi Mums.

Dia dan suaminya kemudian memanggil bapa mentua mereka. Setelah itu mereka menangkap gambar kala jengking itu.

Sumber: Daily Mail & Kitchen Nine