Seluruh badan ‘cramp’, Dato Nash mohon doa dari orang ramai “sakitnya Allah saja yang tahu”

Seluruh badan ‘cramp’, Dato Nash mohon doa dari orang ramai “sakitnya Allah saja yang tahu”

Bekas vokalis Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, 63, memohon doa dari orang ramai selepas mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, dia tiba-tiba mengalami keadaan tersebut ketika ingin berwuduk.

Menurut penyanyi tersebut, dia sebelum itu telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan sejurus selepas pulang dari Sarawak.

“Assalamualaikum, saja je nak kongsikan supaya sahabatku sekalian doakan supaya saya cepat sembuh. Semalam saya balik dari Sarawak terus pergi jemputan perkahwinan anak kawan saya di Mindef KL,” katanya.

Kemudian, beliau terpaksa bergegas pula ke satu lagi majlis perkahwinan lain di Sg. Long Kajang yang diadakan pada sebelah malam.

Gambar: Facebook Dato Nashrudin Elias

“Tu yang macam nak cepat-cepat siap. Tiba kat rumah dah nak masuk waktu maghrib, saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.

“Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat maghrib terpaksa pakai kerusi,” jelasnya di halaman Facebook.

Ekoran kejadian tersebut, Dato Nash telah dihantar ke Hospital Avisena di Shah Alam dan telah mendapatkan rawatan dan suntikan daripada doktor yang bertugas.

“Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakbar,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya orang ramai mendoakan kesihatannya supaya kembali pulih seperti sediakala.

Sumber: Facebook Dato Nashrudin Elias