Selepas terima pelbagai kritikan negatif, Nabila Razali tak nak menyanyi lagi, betul ke?

Persembahan penyanyi, Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus hangat diperkatakan walaupun dia telah membuat permohonan maaf.

Terbaru, netizen mendakwa Nabila bakal meninggalkan industri nyanyian selepas menerima pelbagai kritikan negatif. Betul ke?

This is it

Di Instagram Story, Nabila memberi ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menunjukkan rasa sayang terhadapnya.

Namun begitu, ayat selepas ucapan terima kasih menimbulkan 1001 persoalan buat peminat Nabila.

Terima kasih semua atas keprihatinan dan sokongan. Tapi saya rasa, cukuplah.

Walaupun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai status tersebut, ramai beranggapan pelantun suara ‘Peluang Kedua’ itu bakal meninggalkan industri nyanyian.

Tidak lama selepas itu Nabila Razali turut memuat naik satu lagi status. Beliau meminta supaya netizen tidak menyalahkan pihak pengurusan beliau.

Apa yang terjadi adalah datang dari diri Nabila sendiri dan bukan orang lain.

Sebelum ini, ramai rakan artis dan kelab peminat Nabila memberikan kata-kata positif buat dirinya. Antaranya Neelofa, Siti Sarah dan Datin Alyah.

Menurut mereka, Nabila telah melakukan yang terbaik dan persembahan malam itu merupakan hadiah yang sangat ikhlas daripada Nabila buat semua yang menonton acara berprestij tersebut.

Sumber: Nabila Razali via Oh Bulan

Ini 1O Fakta Menarik Nabila Razali Yg Tak Pernah Diceritakn Kpd Umum. Rupanya Profil Dia Bukan CaIang2

Malam tadi nyanyian Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35) yang terkuciI hangat diperkatakan ramai.

Namun siapa sangka, penyanyi dan pelakon cantik manis ini mempunyai latar belakang yang menarik untuk dikongsikan.

Nabila Razali mula bergiat dalam bidang seni apabila beliau menyertai Akademi Fantasia Musim 10 (AF2013) yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz (adik Aliff Aziz), Azhar Osman dan Faizul Sany.

Nama Nabila Razali Mula dikenali setelah berlakon dalam telefilem Pengantin Lari Culik Artis sebagai Fammy (Astro Citra).

Latar Belakang dan Kerjaya Nabila Razali

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang.

Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

” Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan”. katanya sewaktu ditemuramah.

Lagu single pertama beliau iaitu “Katakan Saja” mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar.

Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.

Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single “cembvru” yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul “Pematah Hati” dan menjadi kejayaan komersial.

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk “Cahaya Juara”.

Beliau turut menjadi pelakon utama bersama Hefny Sahad dan Raysha Rizrose dalam siri drama online Cintaku di Bumi Izmir yang disiarkan di Unifi TV, memegang watak sebagai Fara.

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, “Vroom Vroom” dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry.

Fakta Menarik

1) Selain Nabila Razali, beliau juga pernah dikenali sebagai Nabila AF dan Nabila AF13.

2) Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

3) Pembabitannya dalam dunia seni bermula selepas menyertai rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013 yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz, Azhar Osman dan Faizul Sany.

Graduan AF13 bersama Hael Husaini rupanya, patutlah mereka rapat dan Hael Husaini mencipta lagu dan diberikan kepada Nabila Razali.

4) Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 dan memperjuangkan muzik bergenre pop.

5) Single pertamanya berjudul Katakan Saja. Namanya hanya benar-benar memuncak selepas kelahiran single ‘Pematah Hati’ yang mana video muzik lagu itu yang diarahkan The Storytellrs menjadi tular kerana gimik lakonan percintaan beliau dengan aktor Aedy Ashraf.

6) Lagu rakaman Nabila yang lain ialah cembvru yang juga tidak kurang popularnya.

7) Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Cintaku Di Bumi Izmir dan Sunsilk #SISCUBA.

8) Pembabitan dalam telefilem menerusi Bibik Aku Nak Kahwin, Ustaz Baru Nak Start dan Pengantin Lari Culik Artis.

9) Dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10) Menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Malaysia sebelum meneruskan di peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sumber: tarahap.xyz