Selepas Raffa Affar, kini Baby Shima pula dikecam dangdutkan lagu Tiara “rosak lagu orang”
Selepas penyanyi Indonesia Raffa Azar mencuri perhatian menerusi persembahannya yang dikatakan merosakkan lagu Tiara, kini Baby Shima pula dikecam kerana alasan yang sama.
Menerusi laman sosial Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, membuat persembahan pentas dengan mendendangkan lagu tersebut dalam versi dangdut.
Dia turut memuat naik video sewaktu persembahan untuk tatapan umum.
“Terima kasih yang datang semalam sporting. Penonton terkejut Tiara jadi dangdut,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan Baby Shima sedang asyik bergelek
santai sambil menyampaikan ‘chorus’ lagu berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya seakan tidak berpuas hati apabila lagu tersebut ditukarkan kepada versi dangdut.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mrnyukai lagu nyanyi asal kumpulan Kris itu diubah muziknya menjadi irama dangdut.
“Lagu sedap, ko yang buat tak sedap,” komen seorang wargamaya.
“Rosak lagu ori Tiara. Habis semua nak didangdutkan,” ujar seorang wargamaya.
“Ntah mende, jahanam lagu orang oit,” kata seorang wargamaya.
“Suka sangat sama lagunya, asik terus,” puji seorang wargamaya.
“Fuiyohh Tiara dangdut i like,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tanda suka daripada pengikutnya.