Selepas pulang dari Bali, Bunga Cinta Lestari disahkan Positif COVID-19

Selepas pulang dari Bali, Bunga Cinta Lestari disahkan Positif COVID-19

Pelakon dan penyanyi popular berasal dari Indonesia, Bunga Cinta Lestari memberitahu kepada orang ramai di laman media sosial Instagramnya bahawa dia telah disahkan COVID-19.

Menurut Bunga atau juga dikenali sebagai BCL, kini dia sedang menjalani kuarantin kendiri dan berharap agar dirinya cepat sembuh dari wabak ini.

Saya baru dapat keputusan dan disahkan positif virus corona. Ketika ini saya sedang menjalani isolasi kendiri dan Insya-Allah akan kembali sembuh tidak lama lagi.

Sebelum in, Bunga dilihat baru sahaja pulang dari pergi bercuti bersama anak lelakinya, Noah Sinclair di Bali, Indonesia.

Saya sarankan orang ramai untuk mengambil langkah selamat dengan menjaga kesihatan. Tolong jaga diri anda dan orang yang tersayang. Tingkatkan sistem imunisasi badan dan sila ambil berat tentang perkara ini.

Bunga Cinta LestariSumber : Instagram Bunga Cinta Lestari  

 

Meninjau di ruangan komen hantaran gambar tersebut, rakan artis dan juga peminat penyanyi lagu Cinta Sejati itu mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dengan segera daripada penyangkit ini.

 

SUMBER : mStar Online