Selepas naik kapal layar mewah, Hairul Azreen & keluarga naik jet peribadi milik Vincent Tan

Selepas naik kapal layar mewah, Hairul Azreen & keluarga naik jet peribadi milik Vincent Tan

Pelakon, Hairul Azreen sekeluarga sekali lagi menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan selepas pernah dijemput untuk menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu.

Menerusi hantaran di Istagram miliknya, Hairul meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bercuti dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu.

Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua anak mereka telah menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan tersebut.

Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini. MasyaAllah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang.

Meninjau di dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan meninggalkan respon positif terhadap perkongsian pasagan selebriti itu.

“Awak layak dapatkannya kerana awak sekeluarga selalu merendah diri.” tulis seorang pengguna Instagram.

“MasyaAllah, rezeki orang baik. Rezeki tidak pernah salah alamat.” tulis seorang lagi pengikut.