Selepas lihat aksi Mawar Rashid, gelagat Maryam sangat menghiburkan ramai

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan Durian Kimchi iaitu Maryam dan Ryzal dimana kedua-dua personaliti media sosial itu semakin mendapat perhatian bukan sahaja kelakuan lucu mereka berdua malah ada-ada sahaja gelagat Maryam yang mencuit hati warganet.

Walau bagaimanapun pada kali ini, pasangan popular itu dapat dilihat melalui ruangan Instagram pelakon dan usahawan, Mawar Rashid dimana mereka berdua melakukan aksi sweet namun lain pula yang berlaku dipengakhiran video gara-gara Maryam.

 

Seperti umum diketahui, Maryam merupakan wanita dari Korea yang kini menetap disini bersama suaminya, Ryzal dan mereka sangat popular menerusi sedutan DurianKimhci yang mana peminat mereka tak kering gusi melihat ada-ada sahaja telatah lucu dilakukan.

Namun begitu, ternyata dalam pada Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob melakukan tarian bersama dengan begitu sweet, Maryam juga ingin melakukan hal yang sama.

Tetapi terbalik pula apabila dia melakukan aksi seperti Raf manakala suaminya pula mengikuti Mawar Rashid sehingga diakhirnya Ryzal terjatuh.

 

Telatah lucu kedua-dua pasangan itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai dengan ditinggalkan ribuan komen disamping menerima lebih 141 ribu tanda suka menerusi posting tersebut.