Selepas dedah wajah Bilal, Neelofa dikesan bercuti ke Langkawi

Selepas dedah wajah Bilal, Neelofa dikesan bercuti ke Langkawi

 

Sebelum ini, selebriti dan usahawan terkenal,Noor Neelofa memaklumkan dia akan membawa anak lelakinya Muhammad Bilal pergi bercuti buat kali pertama ke sebuah lokasi.

Terbaharu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @im fatin di laman TikToknya, kelihatan selebriti itu bersama suami dan anaknya berada di Langkawi untuk mengisi masa lapang dan menikmati percutian mereka di sana.

 

@emyrafatin

selamat bercuti neelofa n family 😍 #neelofa #neelofaharis #bilal #langkawiisland

♬ Tak Ingin Pisah Lagi sped up creammarkie – @ππžπ­π­π²πŸ¦‹Νœα©˜

Dalam video itu, kelihatan Neelofa ditegur oleh peminatnya ketika sedang mendukung putera kesayangannya itu ternyata meraih perhatian orang yang berada pada ketika itu.

β€œWah Neelofa datang bercuti di Langkawi lah! Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu dan bulatnya!”, ujar pemilik video

Comelnya Bilal!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat Neelofa dan keluarga bercuti dengan tenang selepas menunjukkan wajah anaknya itu kepada umum, baru-baru ini.

Senget-senget dah umi dukung Bilal

Bukan itu sahaja, ramai yang terhibur apabila melihat keadaan badan Neelofa yang agak senget apabila mendukung anaknya itu.

 

Sumber: TikTokΒ @im fatin