Selepas 10 hari kuarantin, Nora Danish bebas COVID-19

Selepas 10 hari kuarantin, Nora Danish bebas COVID-19

Pelakon Nora Danish mengungkapkan rasa syukur dan memberitahu orang ramai tempoh kuarantin selama 10 hari telah pun diselesaikan olehnya setelah disahkan positif COVID-19 pada 11 Mei yang lalu.

Sebelum ini, Nora telah membuat ujian calitan atas kerana mempunyai kontak rapat dalam kategori C dan telah disahkan positif walaupun tidak mempunyai sebarang simptom yang menandakan dirinya positif COVID-19.

Melalui hantarannya di Instagram bertulis,

Alhamdulillah, gelang sudah di gunting. Terima kasih kepada KKM team yang jaga saya selama 10 hari ni.  Love you! Rumah pun dah di sanitise kan oleh @pestparamedics, thanks alot guys!

Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Bencinta itu juga tidak lupa untuk menasihati orang ramai agar tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting dan sentiasa untuk menjaga diri masing-masing.

 

SUMBER : Media Hiburan