Selamba lambai mat motor, akhirnya terkedu jumpa balik!
Pernah tak anda saja-saja menegur penunggang motor ketika di jalan raya? Mesti ada yang pernah melalui pengalaman yang sama seperti yang dikongsikan gadis ini sehinggakan akhirnya membuatkan dia malu sendiri!
Gadis ini dengan selambanya melambai pada seorang mat motor ini namun akhirnya terkedu apabila berjumpa semula di depan. Video tersebut juga telah menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.
@tenn819 aku memang tingtong sikit 😂#fypmalaysia🇲🇾 #fypp
Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis ini memberitahu dia telah melambaikan tangannya pada seorang penunggang motor ketika melintasinya. Walaupun dia sebenarnya tidak kenal dengan lelaki itu, dia berniat hanya mahu bergurau sahaja.
Tetapi tidak semena-mena, mereka akhirnya berjumpa semula ketika berhenti di lampu isyarat di hadapan. Lebih memalukan, penunggang motor itu juga berhenti betul-betul di sebelah kereta gadis tersebut.
@tenn819 Reply to @tn.syafiq Done part 2 #fypmalaysia🇲🇾 #fypp #fypシ
Gadis itu yang tidak dapat menahan malu hanya mampu ketawa sahaja lagi-lagi apabila penunggang motor itu turut memandangnya. Rakannya yang memandu kereta itu juga sempat menurunkan tingkap kereta untuk mengusik gadis itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan kejadian yang dikongsikan ini. Ada juga yang mengusik mungkin lelaki itu juga berminat dengan gadis tersebut dan sengaja berhenti betul-betul di sebelah keretanya itu.
“Dulu mak yang tegur ayah dulu.”
“Dia usya tu mesti dia fikir dah ada pakwe sebelah rupanya…”
“Muka dia kecewa nampak lelaki sebelah.”
“Saya faham perasaan malu tu macam mana sebab saya pun pernah kena…”