“Selalu tenung mummy & abah,” Wanita kongsi detik terakhir pemergian anak yang baru berusia 4 bulan

“Selalu tenung mummy & abah,” Wanita kongsi detik terakhir pemergian anak yang baru berusia 4 bulan

Salah satu kebahagiaan yang didambakan oleh seorang wanita adalah apabila dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Pun begitu, tidak semua wanita berpeluang untuk melaluinya, ada yang diuji dengan pemergian anak yang masih lagi kecil.

Sama seperti yang dilalui oleh Nurul Atikah yang telah kehilangan bayinya yang baru berusia empat bulan lebih.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, anaknya yang diberi nama Muhammad Yusuf Mikael itu telah meninggal dunia pada 21 Januari yang lalu.

Anak syurga itu dikatakan meninggal dunia disebabkan mengalami masalah pada saluran pernafasan yang tersepit dengan pembuluh darah utama.

Menceritakan kembali kisah pilu yang dilaluinya,  Atikah mengatakan bahawa anaknya itu sangat manja sebelum mengalami demam dan sesak nafas.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa arwah mempunyai komplikasi pada saluran pernafasan.

Terpaksa lepaskan pemergian anak

Keadaan semakin teruk dan sudah tidak boleh diselamatkan, dia dan suami terpaksa ‘melepaskan’ anaknya pergi.

@atikah8984

Mumy jawab disini..sbb ramai yang tanyaa❤️

♬ bunyi asal – Nurul atikah – Nurul atikah

 

Atikah sering memuatnaik video berkaitan arwah anaknya itu bagi meluahkan perasaan rindu yang terpendam di hatinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak dapat menahan sebak melihat detik-detik pemergian anak syurga itu.

Sumber: Nurul Atikah