Selalu burukkan suami, tuduh ibu mentua hantar sihir, bekas adik ipar dedah perangai pelakon

Selalu burukkan suami, tuduh ibu mentua hantar sihir, bekas adik ipar dedah perangai pelakon

Pernah gagal dalam perkahwinan lebih daripada sekali, nama seorang pelakon wanita mencuri perhatian netizen di media sosial apabila seseorang pengguna Twitter tampil menceritakan kisah rumahtangga abangnya yang berantakan dek perangai pelakon itu.

Walaupun abangnya telah bercerai, masih segar di ingatan wanita tersebut perangai serta kelakuan pelakon itu yang dikatakan keterlaluan dan berperangai buruk.

 

Sebab dia abang aku bercerai

Menurut individu berkenaan, kisah ini berlaku sekitar tahun 2016 apabila pelakon tersebut didakwa menjalin hubungan dengan abangnya yang ketika itu masih lagi bergelar suami.

Lebih menyedihkan, rumah tangga abangnya dikatakan telah musnah disebabkan campur tangan pelakon tersebut. Namun, individu berkenaan yakin bahawa cinta tidak bertepuk sebelah tanggan. Oleh itu, dia tidak menyalahkan pelakon tersebut sepenuhnya.

Namun begitu, segalanya mula berubah apabila pelakon tersebut didakwa tidak bersyukur dengan kemewahan yang sedia ada bahkan, membuat hubungan si suami dengan keluarga berantakan. Sehingga satu tahap, abang individu berkenaan mula sedar bahawa dia memilih insan yang salah sebagai teman hidup.

Depan keluarga suami tak ada adab keluarkan kata-kata yang sangat biadap. Even complain suami dia busuk. Suami sakit sanggup dia cakap macam tu.Baru kahwin ya, dah tunjuk belang, berani sungguh.

Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah, abang kepada individu berkenaan telah berjanji akan pulang ke pangkuan keluarga setelah semuanya selesai. Namun, janji tersebut tidak ditepati sehingga mereka sekeluarga mengetahui mengenai berita kehamilan pelakon tersebut. Individu berkenaan turut mendakwa abangnya telah berubah secara drastik dan tidak pulang langsung ke rumah keluarga.

Jual rantai anak

Tidak berakhir di situ, individu berkenaan turut mendakwa pelakon tersebut telah meminta sebuah rumah sekiranya abangnya mahukan zuriat. Ternyata, permintaan tersebut terpaksa dilupakan buat seketika ini kerana, abang individu berkenaan terpaksa diturunkan pangkat pada waktu itu.

Di akhir perkongsian tersebut, individu berkenaan turut memberitahu bahawa pelakon tersebut mendakwa ibu mentuanya telah melakukan sihir. Ujar individu berkenaan, ibunya seorang yang sangat baik dan sentiasa memberi pertolongan di saat pelakon tersebut memerlukan bantuan.

Sumber: Twitter