Sekumpulan individu hasilkan parodi Powerpuff Girls buat ramai terhibur

Sekumpulan individu hasilkan parodi Powerpuff Girls buat ramai terhibur

Siri animasi The Powerpuff Girls adalah kartun yang ramai golongan 90an membesar dengannya. Siri yang bermula dengan seorang saintis kesunyian membuat ujikaji untuk mendapatkan anak-anak perempuan itu akhirnya menghasilkan 3 kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa selepas profesor berkenaan secara tidak sengaja menumpahkan cecair kimia X yang misteri.

Dalam episod-episod yang ditayangkan, penonton mengikuti Blossom, Bubbles, dan Buttercup mengalahkan musuh-musuh jahat, termasuklah eksperimen asal Profesor Utonium yang gagal, Mojo Jojo.

Populariti global kartun yang ditayangkan di saluran Cartoon Network itu juga telah membuka pintu kepada sebuah siri aksi langsung The Powerpuff Girls yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran televisyen Amerika CW.

Namun sebuah video parodi The Powerpuff Girls yang dihasilkan sekumpulan individu di Tiktok ini pula yang telah mencuri perhatian ramai dengan aksi dan kostum mereka yang lucu.

 

 

Jika Blossom, Bubbles, dan Buttercup dihasilkan dengan gula, rempah, dan benda-benda cantik, parodi tersebut pula menunjukkan seorang profesor yang mabuk menghasilkan 3 gadis berkuasa dengan gula, bahan perasa, garam, dan alkohol.

Video itu juga disertakan dengan nyanyian lagu tema yang digubah sendiri dengan lirik rap sambil ketiga-tiga watak itu membelasah musuh-musuh mereka.