‘Sedih betul saya’ hasrat Azri tukar nama kepada Azri Alexander tidak tercapai gara-gara dimarah anak
Baru-baru ini pelakon senior, Azri Iskandar mendedahkan dirinya mahu menukar nama kepada Azri Alexandar. Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan olehnya atas sebab tertentu.
Menurut bekas suami kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, hasrat tersebut terpaksa dilupakan setelah anak-anaknya tidak bersetuju dengan penukaran nama tersebut.
Susulan itu, pelakon berusia 54 tahun itu memohon maaf kepada semua kerana gagal menukar nama atas menghormati keputusan anak-anaknya.
“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua,” katanya.
Dalam pada itu, Azri mengakui kesilapannya sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anaknya. Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar turut mengakui terkilan dan sedih apabila anak-anak tidak bersetuju serta membiarkan dirinya menggunakan semula nama Azri Iskandar.
“Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.
“Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
Bagaimanapun, Azri menjelaskan kepada anaknya, nama Azri Alexandar hanya digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja dan Azri Iskandar masih namanya. Tetapi, Azrell mengatakan dia tidak boleh menerima nama tersebut dan ia menyebabkan pelakon itu terpaksa mengambil keputusan menggunakan semula nama Azri Iskandar.
Azri berkata, dia tidak tahu bagaimana penerimaa warga industri seni perfileman sekiranya dia membuat keputusan untuk menukar namanya.
“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” selorohnya.
Terdahulu, Azri mengakui dirinya sudah bertunang dengan kekasih hati iaitu Dr. Azra Diera,43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu dan kini dalam fasa bahagia.
Sumber: Getaran (Ellyna Ali)