Sebilan tahun bergelar ibu tunggal,Syura akui kekok dengan suami

Sebilan tahun bergelar ibu tunggal,Syura akui kekok dengan suami

Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal, Januari lalu penyanyi Syura akhirnya menamatkan zaman janda dengan pasangan pilihan hati Farizat Ismail.

Kembali bergelar isteri, Syura mengakui kekok namun kehidupannya kini lebih lengkap dengan kehadiran insan bergelar suami disisi.

“Alhamdulillah kehidupan semakin lengkap sebab dah ada teman selepas sembilan tahun. Satu environment yang baru dan satu vibe yang baru untuk saya dan anak-anak.

“Memang kekok pada awalnya, betul ke tak perasaan ni. Walaupun dan pernah berkahwin tapi jarak sembilan tahun tanpa pasangan tu, saya masih dapat rasa momen pengantin baru,” katanya.

Dalam pada itu, Syura turut meluahkan rasa syukur anak-anaknya dapat menerima kehadiran Farizat sebagai bapa tiri mereka malah gembira mengetahui dia mahu berkahwin.

“Saya dah kenal dengan suami sejak lima tahun. Jadi apabila dia kenal saya, secara automatik dia akan kenal anak-anak juga. Chemistry dia dengan anak-anak sangat baik. Anak-anak terlebih gembira apabila dapat tahun saya nak berkahwin,” katanya.

Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari 2022 di Masjid As-salam, Puchong Perdana.

Terdahulu, Syura dan bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.