“Sebaknya…” Rindukan anak, mak ayah nangis masa video call

“Sebaknya…” Rindukan anak, mak ayah nangis masa video call

Memandangkan sekarang ini merentas negeri masih belum dibenarkan, hanya panggilan video sajalah yang dapat mengubat kerinduan keluarga di kampung. Macam yang dikongsikan di dalam video ini yang turut membuatkan netizen sebak dan sedih.

Wanita ini berkongsikan reaksi kedua ibu bapanya apabila melakukan panggilan video bersama anak-anak yang jauh di bandar. Kedua-dua orang tuanya kelihatan sebak dan mengesat air mata semasa berbual dengan anak di telefon. Lebih menyedihkan, video tersebut dirakamkan semasa hari jadi ayahnya baru-baru ini.

@kakaksyantek

Ya Allah.. Kau permudahkanlah segala urusan mak dan abh.. Kau berikanlah kesihatan yg baik tuk mereka😭.. #fypdongggggggg #fyppp

♬ original sound – Nur Ziela – Nur Ziela

Di dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat kedua orang tuanya tidak dapat menahan sebak apabila anak mereka memberitahu tidak dapat pulang ke kampung. Tambahnya lagi, ini mungkin akan menjadi tahun kedua mereka tidak dapat pulang beraya di kampung seperti biasa.

Wanita itu turut berjanji akan segera pulang ke kampung sekiranya kerajaan membenarkan orang ramai untuk merentas negeri. Di ruangan komen, netizen juga turut sama berasa sebak melihat reaksi ibu bapa ini menahan kesedihan mereka. Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang sudah lama tidak bertemu kedua orang tua.

“Ya Allah sebaknya dah 2 tahun…”

mak ayah

“Ibu ayah semua risau mungkin raya ni raya yang terakhir…”

kampung

“Teringat mak abah kat kampung, asyik tanya bila boleh balik.”

tik tok