“Sayu ja tengok lambaian mereka…” Anak kene kuarantin, lepas rindu dari jauh saja

“Sayu ja tengok lambaian mereka…” Anak kene kuarantin, lepas rindu dari jauh saja

Terpisah dengan ibu ayah adalah satu waktu yang sangat ‘panjang’. Lebih-lebih lagi jika terpisah atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Namun apabila berpeluang untuk bertemu semula, ‘sumpah’ itulah detik yang paling bahagia.

Begitulah yang dialami oleh pengguna Twitter bernama Reylchinoe ini apabila dia berkongsi detik manis dan sebak setelah dapat bertemu semula dengan ibu ayahnya.

Namun apa yang membuatkannya sedih adalah mereka hanya mampu bertentang mata dan saling melambai tangan dari jauh sahaja. Nak tahu apa yang berlaku, mari ikuti perkongsian ini.

Nak nangis pulak rasa. Mak ayah call suruh pergi dekat tingkap dia nak tengok aku..”

Gambar: Twitter

Setahun tak balik

Menurut lelaki ini, sudah kira-kira setahun jugalah dia tidak berpeluang untuk pulang ke negeri asalnya, Sarawak. Sebelum ini dia berkelana di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Mungkin juga ada kekangan semasa yang membuatkan dia tidak dapat pulang.

Selepas agak lama di sana, akhirnya dia pun ‘terbang’ kembali. Itu yang ibu ayahnya sangat teruja. Rindu sama rindu, kalau bertemu pasti ‘berair mata’ juga.

Sebenarnya sekarang saya dalam tempoh kuarantin selama 14 hari sejak tiba di Sarawak (baru-baru ini). Cuma tak dapat jumpa lagi parents yang tinggal berdua sahaja. 

Gambar: Twitter

Jadi ibu saya nak tengok saya, kemudian tiba-tiba dia call saya petang itu…selepas setahun tak jumpa dan tak balik Sarawak..dan ayah saya baru lepas jalani pembedahan..” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Walaupun agak lama memendam rindu, namun limitasi pergerakan membatasi pertemuan mereka tiga beranak. Lelaki ini masih dalam perintah kuarantin, jadi tidak dapat tidak, terpaksalah ‘bertahan’ dulu dan membalas lambaian ibu ayah hanya dari tirai bilik saja.

Mak ayah manalah yang tak rindu anak sendiri kan? Cuba lihat riak gaya mak ayahnya jauh di sana. Walaupun jauh, boleh rasa bagaimana rasa gembira yang terpancar di wajah kedua-dua mereka. Inilah orang kata, jauh di mata, dekat di hati.

Gambar: Twitter

Ciapan ini tular dan mendapat perhatian netizen lain. Rata-rata mereka berasa bersyukur kerana lelaki ini akhirnya dapat jua bertemu mata dan hati kembali bersama insan tersayang.