“Saya tak pernah tipu atau sebar fitnah jika ia berkait tentang Islam.” -Caprice

“Saya tak pernah tipu atau sebar fitnah jika ia berkait tentang Islam.” -Caprice

Selepas sidang media yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berhubung tohmahan-tohmahan yang diterima daripada beberapa individu seperti influencer, Caprice dan Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri, pelbagai maklum balas netizen telah diterima.

Paling dinantikan sudah tentu respon daripada Caprice yang menjadi ‘pemula’ isu tersebut tular kerana memuat naik beberapa pendedahan sejak beberapa minggu lalu.

Kenyataan Caprice pula

Justeru itu, menerusi Instagram, Caprice telah menulis bagi mengulas kembali ‘perjuangannya’ dan mengakui kesilapan yang dilakukan terutamanya berkenaan isu kontroversi tersebut.

Tak pernah tipu atau sebar fitnah

Walau bagaimanapun, Caprice memaklumkan yang dia tidak pernah menipu atau menyebarkan fitnah jika ia buat umat Islam ataupun kemajuan Islam.

 “…I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam,” tulisnya.

Sentiasa sokong UEL & Nadir Al Nuri

Namun begitu, dia tetap memohon maaf andai apa yang dilakukan tempoh hari terlalu beremosi. Akan tetapi ketahuilah bahawa dia dan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia sememangnya menyokong misi kemanusiaan yang dijalankan oleh dua orang tokoh tersebut.

Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana,” jelasnya lagi.

Doa yang terbaik buat Ebit Lew

Dalam pada itu, Caprice memaklumkan tetap akan mendoakan agar misi kemanusiaannya  Ebit Lew dan juga teamnya berjalan lancar walaupun misi mereka ke Gaza berbeza. Namun dia berharap akan ada perdamaian antara mereka kerana jika mereka sendiri bertelagah, bagaimana pula untuk membangunkan Gaza.

“Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Palestine? ” tambah Caprice.

Perjalanan yang sangat sukar sepanjang hijrah

Di akhir penulisan tersebut, Caprice mengakui tetap akan meneruskan perjuangan buat ummah bukan hanya di Palestin tetapi di seluruh dunia juga.

Tambahnya, situasi ini merupakan dugaan paling berat untuknya sepanjang hijrah dan ibadahnya. Namun, dia tetap akan ‘berjuang’ hingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Saya akan terus memperjuangkan diplomasi, perdamaian, dan belas kasihan untuk bukan sahaja Palestin, tetapi di sudut dunia. Saya akan membela sesiapa sahaja yang ditindas tak kisah bangsa dan agama. . .
Ini adalah perjalanan paling sukar di jalan hijrah dan ibadah saya, saya akan meneruskannya sehingga menghembuskan nafas terakhir,” luahnya.

Mohon maaf sekali lagi

Dia memohon maaf sekali lagi andai apa yang diperkatakan sebelum ini mengguris hati sesiapa dan dia bersedia untuk membela diri di mahkamah dengan petunjuk Allah S.W.T.

Saya minta maaf sekali lagi jika anda terluka, saya tidak mahu meneruskan perbahasan ini, saya harap hanya dapat bersatu dan mencapai tujuan bersama untuk perdamaian di Palestin. Sekiranya saya harus membela diri di mahkamah, saya akan melakukannya dengan petunjuk Allah. Terima kasih,” ulas Influencer tersebut.

Sumber: Instagram Capriceofficial