‘Saya susah nak gaduh dengan sesiapa, tapi orang datang cari gaduh’ – Luahan hati Ebit Lew
Kontroversi yang membabitkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew kecoh di media sosial sejak kebelakangan ini berkenaan misi bantuan di Gaza.
Caprice juga telah mendedahkan beberapa perkara berkenaan ustaz Ebit Lew semasa IG live baru-baru ini buatkan PA kepada Ebit Lew tidak ‘senang duduk’ dan tampil perjelaskan perkara sebenar.
Menerusi akaun Instagram @jentikhati, terdapat satu video lama yang dimuatnaik semula berkenaan luahan rasa pendakwah bebas, ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata. Video lama ini seolah-olah sesuai digambarkan dengan situasi yang dihadapi Ebit Lew ketika ini.
Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih.
Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.
Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih.
Ustaz Ebit Lew juga turut mendoakan agar kita semua hidup dalam suasana dan persekitaran yang penuh kasih sayang pada akhir video berkenaan.
Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.
Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.
Walaupun video tersebut adalah video lama, diharapkan ustaz terus kuat dan tabah menghadapi segala ujian yang mendatang dan terus membantu orang-orang susah diluar sana.
Kredit: Kosmo | Instagram @jentikhati