Saya rasa ‘dikhianati’.. Nurul Zahid akui pernah rapat dengan Siti Bainun, nafi keluarga bersubahat

Saya rasa ‘dikhianati’.. Nurul Zahid akui pernah rapat dengan Siti Bainun, nafi keluarga bersubahat

 

Sejak kebelakangan ini, nama Siti Bainun menjadi sebutan warga maya berikutan statusnya sebagai OKT bagi kes penderaan anak kurang upaya, Bella yang masih dalam perbicaraan sehingga ke hari ini.

Malah, muncul desas-desus yang mengatakan Siti Bainun mempunyai hubungan baik dengan keluarga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Terbaru, muncul spekulasi baru yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan anak kepada bekas TImbalan Perdana Menteri itu.

Berikutan itu, anak perempuan Zahid Hamidi, Nurulhidayah tampil memberikan penjelasan dan memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak mempunyai hubungan dengan wanita tersebut dan turut menentang sekerasnya penderaan yang dilakukan terhadap Bella.

Dalam hantaran Instagram Nurul, dia menjelaskan panjang lebar mengenai dakwaan orang ramai yang mengatakan adik bongsunya menjalinkan hubungan istimewa dengan Siti Bainun.

 

Namun, hubungan yang pada mulanya rapat itu kemudiannya menjadi tegang dan renggang malah Nurul menyifatkan ia sebagai sebuah hubungan yang ‘toksik’.

Nurul dalam pada itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mendedahkan aib sesiapa kepada umum.

Di akhir ayat hantaran tersebut, Nurul juga memaklumkan bahawa dia merasa ‘dikhianati’ dan tidak pernah melihat latar belakang sesiapa sahaja yang cuba ingin mendekati mereka sekeluarga.