“Saya nampak ikan laga” busana Neelofa & Mira Filzah jadi perhatian netizen

“Saya nampak ikan laga” busana Neelofa & Mira Filzah jadi perhatian netizen

Selebriti terkenal, Neelofa dan Mira Filzah menjadi bualan netizen gara-gara penampilan mereka yang kelihatan seperti ikan laga telah berjaya meraih perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mira Filzah di laman TikToknya, Mira Filzah menjadi tetamu untuk program Next To Neelofa musim kedua yang disiarkan pada setiap hari Sabtu.

 

 

Macam ikan laga lah!

Namun begitu, pakaian yang digayakan oleh Neelofa berwarna biru dan Mira Filzah berwarna merah berjaya menghiburkan orang ramai apabila beberapa individu mendakwa penampilan mereka persis seperti ikan laga.

Tak ape, nampak cantik je!

Namun begitu, disebalik kritikan lucu yang dilemparkan oleh beberapa individu itu, ramai netizen memaklumkan walaupun penampilan mereka seperti ikan laga, namun kedua-dua selebriti itu masih cantik dan anggun.

Ujar mereka, tak kisah seperti ikan laga atau tidak, pakaian Mira Filzah dan Neelofa masih menutup aurat dengan sempurna sebagai seorang muslimah yang perlu mengikut hukum islam.

Sumber: Instagram @meletop@mfmirafilzah