‘Saya nampak dia macam bapa saya’ – MK K-Clique nak bantu pakcik dalam video viral

‘Saya nampak dia macam bapa saya’ – MK K-Clique nak bantu pakcik dalam video viral

Baru-baru ini viral satu video di media sosial berhubung tindakan seorang influencer yang didakwa memperlekehkan seorang warga emas. Tindakan tersebut telah mengundang pelbagai respon daripada netizen dan golongan artis yang rata-rata tidak berpuas hati dengan sikap influencer terbabit.

Terbaru, penyanyi rap terkenal iaitu MK K-Clique turut memberi respon dan pandangannya berhubung isu viral itu.

 

MK nak bagi RM50k?


Menerusi beberapa status yang dimuatnaik di Instagram, MK K-Clique seakan tidak bersetuju dan mempersoalkan layanan influencer terbabit terhadap salah seorang warga emas di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur. Perkongsian tersebut telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter iaitu Pedoqpop.

Di Instastory, penyanyi yang berasal dari Sabah ini seakan memberi hint ingin menyumbangkan wang berjumlah RM50,000 kepada warga emas terbabit. Namun, perkongsian mengenai pemberian wang tersebut dipercayai sudah dipadam.

Sebab dia berani kau upah dia RM50? S*al apa kau. Saya bukan orang kaya. Siapa ada info pak cik ini. Saya bagi pak cik ni 50K. Mentang-mentang kau kaya, kau berjaya, cakap ikut sedap mulut kau je.

‘Macam tiada otak, pakcik tu orang tua lagi’

Sementara itu, menerusi perkongsian lain, MK K-Clique juga mengakui jarang bersuara mengenai isu semasa tetapi kali ini dia agak emosi apabila melihat warga emas itu diperlakukan sebegitu rupa. Dakwanya lagi, cara influencer terbabit tidak seiring dengan niatnya.

‘Minta maaf emosi sangat’

Sumber: TwitterMK K-Clique