‘Saya mohon maaf kepada arwah Siti Sarah & abang Shuib’ – Aisar Khaled

‘Saya mohon maaf kepada arwah Siti Sarah & abang Shuib’ – Aisar Khaled

Nama Youtuber dan personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled menjadi perhatian netizen apabila didakwa memuat naik video di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak ketika upacara pengebumian jenazah Alahyarhamah Siti Sarah, tempoh hari.

Terbaharu, dia tampil memohon maaf secara terbuka kepada Shuib dan rakyat Malaysia yang telah memarahinya akan tindakan kurang sensitif itu.

 

Saya mengaku salah

Aisar Khaled menerusi posting di Instagram mengucapkan salam takziah dan memohon maaf secara terbuka khususnya buat Shuib kerana keterlanjuran perbuatannya, tempoh hari. Dia mengakui tidak menjaga sensitiviti apabila didakwa lebih mementingkan ‘content’ ketika di lokasi kejadian.

Assalamualaikum, saya Aisar Khaledd mengucapkan salam takziah kepada keluarga abang shuib dan saya ingin meminta maaf kepada arwah kak Siti Sarah serta Abang Shuib dan seluruh keluarganya, tak juga lupa seluruh rakyat Malaysia.

Saya mengaku salah bahawa membawa sensitiviti ke dalam video saya iaitu mengenai arwah kak Siti Sarah. Yes, memang salah. Saya belajar dari kesilapan yang saya buat dan saya berjanji lepas ini akan lebih berjaga-jaga sebelum membuat apa-apa content dan tidak memandang sebelah mata terhadap content yang ditertibkan.

Mintak maaf Abang Shuib dan keluarga lagi sekali.

Saya belajar dari kesilapan

 

Difahamkan, Aisar Khaled telah menghantar mesej dengan memohon maaf secara peribadi melalui DM di Instagram Shuib. Personaliti media sosial ini juga tidak mahu isu tersebut dibesar-besarkan lagi oleh netizen dan menganggap kejadian ini adalah pengajaran bermakna buat dirinya.

Netizen berhentilah mengungkit-ungkit mengenai isu yang tidak benar. Saya tengok banyak orang yang suka bertambah rasa pada cerita tersebut dan fitnah semata-mata. Saya tidak mahu isu ini menjadi berlebih-lebihan. Oleh itu, saya Aisar Khaledd menyerahkan 10 Jari untuk meminta maaf sangat-sangat kepada Abang Shuib sekeluarga dan arwah kak Siti Sarah sendiri dan seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah pengajaran dan ujian terbesar di dalam hidup saya. Saya sanggup menerima seadanya. Saat orang lain berbuat salah dan dosa yang terarah kepada kita, kita diajari untuk memaafkan.

Sumber: Aisar Khaled