“Saya kecewa & dah cukup penat, serah semua kepada Allah…” – Caprice
Semalam, Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis mengenai tuduhan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.
Susulan itu, penyanyi rap terkenal Caprice membatalkan Instagram Live yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 semalam serta meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak tertentu.
Pemilik nama Ariz Ramli itu mencoretkan luahan hatinya berkenaan isu terbabit menerusi ruangan Insta Story di Instagram miliknya.
“Saya dah penat”
“Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.
“Ini adalah kali kedua perkara macam ini berlaku tahun ini, saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” tulisnya.
Sementara itu, Caprice juga berhasrat akan memperbaiki dirinya supaya menjadi seorang insan yang lebih baik.
Biarpun masih belum ‘sembuh’ sepenuhnya, pelantun lagu BAL itu berharap keadaan mental dan fizikalnya akan bertambah lebih baik selepas mengharungi segala ujian itu.
“Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” tulisnya lagi.
Malam tadi, Caprice telah membatalkan sesi Instagram Live yang sepatutnya berlangsung tepat jam 10 malam selepas pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan kontroversi berhubung misi bantuan Gaza.
Terdahulu, Caprice telah memuat naik beberapa pendedahan berkenaan misi kemanusiaan team Ebit Lew sehingga membuatkan ramai yang terkejut.
Namun, pendedahan daripada Nadir Al Nuri pagi tadi benar-benar memberi tamparan kepada semua apabila beliau menulis berkenaan kontroversi misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pihak pendakwah tersebut baru-baru ini.
Difahamkan lagi, Ebit Lew bakal menjawab segala tuduhan dan fitnah tengahari ini.
Sumber: Instagram Caprice