“Saya je ke rasa macam ni..” – Neelofa rasa ‘dipenjara’ ketika berpantang?

“Saya je ke rasa macam ni..” – Neelofa rasa ‘dipenjara’ ketika berpantang?

Selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama berjantina lelaki beberapa minggu lalu, selebriti terkenal iaitu Neelofa kini sedang menjalani tempoh berpantang.

Bagaimanapun, posting beliau di Instagram Story tadi telah mengundang perhatian warganet apabila dia seakan-akan meluahkan perasaannya yang kita sedang bercampur-baur.

Menerusi hantaran Story tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu seolah-olah memberitahu orang ramai, kini dirinya sedang bertarung dalam situasi yang terkurung.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkongsikan sekeping gambar penjara berwarna hitam dan putih seperti menggambarkan situasi beliau sekarang ini dipenjara.

Kenapa fasa berpantang terasa seperti duduk dalam ini? Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama?

Biarpun beliau tidak memberitahu secara terperinci keadaannya ketika ini, pengacara serta pelakon itu seperti ingin kongsikan keadaan emosi dan fizikalnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut meminta pendapat dan nasihat dari orang ramai terutamanya kaum ibu yang pernah melalui fasa yang sama dengannya.

Sekadar info, pada 29 Januari lalu, Neelofa dan suami selamat dikurniakan cahaya mata pernama bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.