“Saya harap awak gembira”, Zizan beli cincin, bunga & hadiah tetapi untuk siapa?

“Saya harap awak gembira”, Zizan beli cincin, bunga & hadiah tetapi untuk siapa?

Pelawak terkenal, Zizan Razak mengundang seribu persoalan dan spekulasi warganet apabila memuat naik sebentuk cincin di Instastory miliknya.

Menerusi Instastory tersebut, selain sebentuk cincin sebagai kejutan, dia turut memuat naik video sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan.

Mohon semuanya berjalan lancar

Saya harap awak gembira dengan kejutan ini, doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Menurut Zizan, dia berharap si penerima akan gembira dengan kejutan yang dilakukannya. Zizan turut memohon doa daripada netizen agar urusannya itu berjalan lancar. Di samping itu, rata-rata netizen mendakwa Zizan melakukan gimik semata-sata dan hadiah tersebut akan diberikan kepada ibu tercinta.

Terdahulu, Zizan mengakui terasa hati apabila sering menjadi ‘bahan’ netizen berkaitan hubungan cinta namun tetap mendoakan dirinya cepat dipertemukan jodoh.

Sumber: Zizan