“Saya geram dan nak hempas dia kat dinding” – Azhar Sulaiman dedah sesuatu yang mengejutkan
Pelakon, Azhar Sulaiman mendedahkan bahawa dia pernah hampir bertindak di luar kawalan gara-gara emosi marah yang meluap-luap.
Menerusi hantaran di TikTok, Azhar menceritakan kejadian pertengkaran yang pernah berlaku antara dia dan isteri iaitu Cempaka Emalin Pahamin ketika anak mereka masih kecil.
Saya pernah berada di dalam situasi yang kritikal di mana kalau saya ikut kemarahan. Sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.
Saya baru balik penggambaran pukul 5 pagi dan ketika itu Kasih baru lahir. Saya sampai rumah tengok Cempaka tengah tidur dan Kasih menangis dekat sebelah. Cempaka suruh saya buat susu untuk Kasih.
Saya kata kepadanya ‘saya baru balik kerja, awaklah bangun dan buatkan susu anak’. Tapi dia tak nak bangun. Saya geram dengar Kasih menjerit, saya angkat Kasih dan nak hempas dia dekat dinding.
Tapi nasib baik saya tersentak dan istighfar. Saya letak Kasih terus rasa badan menggeletar sebab ketika itu memang saya nak baling Kasih kerana marahkan Cempaka.
Bercerita lanjut, aktor berusia 51 tahun itu kemudian berkongsi insiden kedua yang menjadi punca dia berang terhadap tindakan isteri.
Saya baru baiki kereta, dia bawa kereta itu lalu kemalangan. Dia balik saya marahlah dia lepas tu dia buat bodoh je. Jadi bila saya bawa kereta itu, saya jadi sangat agresif dan asyik nak cari pasal je dengan orang.
Justeru itu, pelakon filem Trauma ini menasihati pengikutnya agar mengambil iktibar dari kejadian yang pernah menimpa dirinya supaya dapat mengawal kemarahan dan mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.
Berdasarkan dua insiden tu, beringatlah ketika kita marah. Takut dalam masa beberapa saat kita dah buat satu kesilapan besar dalam hidup.
Dalam dunia ini mana ada orang yang tak marah, semua orang akan melalui situasi marah bila apabila ada yang menyakiti hati dia atau semasa bergaduh.
Tapi kita kena beringat, bila kita marah tu, kita kena berjaga-jaga dan jangan layankan sangat perasan.
@theazharsulaiman Behar hampir hempuk Kasih….