‘Saya ditipu hidup-hidup’, Chef Wan kesal dituduh buka aib anak
Ekoran perkongsian tersebut, pelbagai respon yang diterima daripada pengikut media sosialnya. Ada yang tumpang simpati dan ada juga yang ‘menyerang’ Chef Wan kononnya telah membuka aib anak. Malah, Chef Wan turut disalahkan dan dituduh tidak memberi restu anak mahu kahwin lagi.
Menjelaskan perkara tersebut, Chef Wan berkata dia tidak pernah menentang, sebaliknya hanya mahu menyiasat latar belakang bakal menantu sebelum berkahwin. Dengan rasa kesal, cef selebriti ini turut mempersoalkan tindakan bakal menantu dan anak yang sanggup ke Siam untuk menikah.
Tambah Chef Wan lagi, setelah Serina membuat pengumuman mengenai pernikahannya di Instagram, dia menerima terlalu banyak mesej dari pengikut media sosial dan ahli keluarga. Malah, media turut menghubunginya untuk mendapatkan respon.
Kata Chef Wan, sebagai bapa, semestinya dia berasa sedih apabila dibelakangkan anak sendiri.