“Saya cuma bergurau”, Ayah bagi anak hisap vape tampil mohon maaf

“Saya cuma bergurau”, Ayah bagi anak hisap vape tampil mohon maaf

Semalam, viral sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menghisap rokok elektrik (vape) yang dipercayai telah diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Terbaru, bapa kepada kanak-kanak kecil tersebut telah tampil membuat permohonan maaf kepada umum.

Mohon maaf

Terima kasih atas nasihat semua. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidik anak. Saya bukan memaksa atau mendera beliau. Saya cuma bergurau. Kalau mana yang dah follow isteri saya, mesti tahu cara anak saya macam mana. Dia agak lasak dan ganas. Dia juga suka main benda bukan mainan dia atau budak-budak. Kalau dia nak sesuatu mesti dia nak juga.

Menurut Syamin Aizat, dia memohon maaf atas kesilapan memberikan anaknya vape seperti yang viral di laman sosial. Tambahnya, dia turut memaafkan semua yang tidak tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku. Ujarnya lagi, dia tahu masyarakat di luar sana sangat mengambil berat mengenai anaknya itu.

Aku yang jaga dia

Terdahulu, isteri kepada Syamin turut memuat naik satu ‘kenyataan’ membidas segala kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya.

Sumber: Syamin Aizat

 

COMMENTS