“Saya ada kuota khas, tiada kaitan dengan atlet” – Bawa anak, isteri ke sukan Olimpik Paris, Presiden MOM akhirnya jawab kritikan orang ramai

“Saya ada kuota khas, tiada kaitan dengan atlet” – Bawa anak, isteri ke sukan Olimpik Paris, Presiden MOM akhirnya jawab kritikan orang ramai

 

Di media sosial semalam, nama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria menjadi bualan netizen selepas tular foto memaparkan individu didakwa isteri dan anak lelakinya menonton acara Olimpik di Paris.

Menerusi foto yang viral itu, mereka dilihat duduk di kerusi penonton dipercayai sedang menonton perlawanan badminton.

Hal itu menimbulkan persoalan sekaligus menaikkan kemarahan rakyat yang menuntut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli untuk memberikan penjelasan.

Netizen turut membangkitkan isu tentang pemain badminton negara, Goh Jin Wei yang terpaksa ke Sukan Olimpik berseorangan tanpa jurulatihnya, Nova Armada disebabkan kad akreditasi terhad.

Bagaimanapun, Norza telah tampil bersuara dan berkata dia memiliki kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke temasya sukan itu.

Tegasnya, kuota diperuntukkan untuknya tiada kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan.

Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri.Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet.

norza zakaria bawa anak bini olimpik