Sarat tunggu waktu bersalin, berat Ayda Jebat hanya naik 8kg ketika hamil

Sarat tunggu waktu bersalin, berat Ayda Jebat hanya naik 8kg ketika hamil

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan dia kini menanti detik untuk bersalin yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menimang cahaya mata sulungnya.

Menerusi laman Instagram, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memuat naik sekeping foto dirinya memperlihatkan ‘baby bump’ yang semakin sarat.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, berat badannya juga hanya mengalami pertambahan sebanyak 8 kilogram (kg) sepanjang proses kehamilan tersebut.

 

 

“Few more days to go! From 46kg to 54kg now. How about you mommies?,” soal penyanyi lagu Pencuri Hati itu kepada pengikutnya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan netizen memuji kecomelan fizikal Ayda yang disifatkan kecil molek berbanding segelintir wanita yang berdepan perubahan berat badan mendadak ketika berbadan dua.

Selain itu, mereka juga tidak lupa mendoakan agar pelakon drama Cindai itu selamat serta dipermudahkan urusan bagi proses bersalin bayi perempuan tersebut.

Comelnya! Moga dipermudahkan…

Saya macam berat gajah kat Phuket tu!

Moga selamat bersalin & sihat kedua-duanya

Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram Ayda Jebat