Sangka besarkan anak kandung, rupanya itu pakcik sendiri! Lelaki terkejut GF ‘skandal’ dengan datuk

Sangka besarkan anak kandung, rupanya itu pakcik sendiri! Lelaki terkejut GF ‘skandal’ dengan datuk

Tak dapat dibayangkan betapa remuknya hati seorang lelaki ini apabila dia mengetahui bayi yang dibesarkan selama ini ternyata bukanlah anak kandungnya sebaliknya adalah pak cik saudaranya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui bayi itu adalah hasil hubungan sulit teman wanita dan datuknya sendiri.

Rupa-rupanya itu bukan anak kandung

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, kejadian tersebut menimpa seorang lelaki yang dikenali dengan nama Stack. Menurut lelaki ini, dia tidak sangka bahawa teman wanitanya itu tergamak mengkhianati cintanya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui wanita terbabit telah berlaku curang bersama datuknya sehingga hamil.

Saya baru mendapat tahu bahawa anak saya sebenarnya merupakan bapa saudara saya. Datuk saya mempunyai hubungan sulit dengan teman wanita saya ketika kami tinggal bersama sebelum ini.

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mengakui hanya menyedari kejadian tersebut selepas memeriksa telefon bimbit teman wanitanya itu. Dia melihat banyak mesej pesanan ringkas antara wanita itu dan datuknya selain terjumpa beberapa gambar tidak senonoh. Tambah lelaki ini lagi, bapanya sendiri juga tidak pernah menyukai datuknya itu malah sejak dahulu lagi, mereka berdua tidak mempunyai hubungan yang baik. Sementara itu, lelaki ini turut memaklumkan tidak akan mendedahkan wajah bapa saudaranya itu tetapi dia akan terus menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri.

Teman wanita curang dengan datuk

@stacks1400

Can’t believe I expected more from a man that had a whole other family around the corner from my granny house. #fyp #redpill #ZitHappens

♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque

@stacks1400

Reply to @errbodicuzn14

♬ original sound – StackS1400

Sumber: The SunTikTok