Sanggup pakai stokin sahaja, Coach Malaysia terima pujian pinjamkan kasut kepada pemain Jamaica

Sanggup pakai stokin sahaja, Coach Malaysia terima pujian pinjamkan kasut kepada pemain Jamaica

 

Sejak pagi tadi, video menunjukan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan telah menjadi topik perbualan buat para pencinta sukan tersebut.

Mana tidaknya, menerusi satu perkongsian rakaman video semasa perlawaman badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menentang pemain dari Jamaica di Sukan Komanwel Birmingham 2022, terlihat satu momen yang sangat mengharukan ramai.

Kasut pemain Jamaica koyak

Ketika itu, kasut yang digunakan oleh pemain dari Jamaica terkoyak dan dia tidak membawa sebarang kasut ganti sehingga pihaknya terpaksa menggunting sahaja lebihan tapak kasut yang terkoyak supaya tidak mengganggu fokus perlawanan.

 

Buka kasut dan beri pinjam

Namun, coach Hendra yang memang berada di bahagian pemain Malaysia meluru ke arah pemain Jamaica tersebut bagi menghulurkan bantuan dengan membuka kasut yang dipakai dan memberikannya.

Momen haru berkenaan juga berjaya disorot kamera apabila terlihat jurulatih pertengahan usia itu hanya berkaki ayam di atas gelanggang sambil melihat perlawanan anak buahnya.

 

 

 

 

@wanyqt23

Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts🥹 the sportsmanship🤝 the story of kasut terkoyak tapak with happy ending🥰 #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan

♬ Gemilang – Ella

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @wanyqt23 itu telah meraih pelbagai maklum balas daripada warganet.

Terima banyak pujian

Rata-rata memuji tindakan pantas coach Hendrawan yang menunjukan semangat kesukanan yang tinggi dengan pihak lawan.

Perkara itu pastinya membuatkan ramai bangga kerana bantuan yang dihulurkan memberi pengaruh yang bagus untuk kedua-dua pemain ketika perlawanan yang sedang berlangsung.

Akan ingat momen ni sampai bila2

Akan jadi pemangkin semangat untuk berjaya

Dia boleh buat tak tahu tapi dia pilih untuk bantu

 

 

Sumber: TikTok @wanyqt23