Sanggup Jual Kereta, Keluar Simpanan Bank & Tabung Haji, semata-mata untuk…

Sanggup Jual Kereta, Keluar Simpanan Bank & Tabung Haji, semata-mata untuk…

Padah terlalu percayakan ‘kekasih’, seorang ibu tunggal dari Padang Selising, Machang telah kerugian hampir RM230,000 diperdaya lelaki bergelar ‘Datuk’.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam selepas perkenalan di laman Facebook November tahun lalu.

Sekadar gambar hiasan

Suspek menggunakan nama profil Dato dan mengaku tinggal di luar negara. Mereka kemudian meneruskan perhubungan di Whatsapp dan suspek menyatakan hasrat untuk berkahwin selepas dua bulan.

Pada Januari 2021, suspek menyatakan dalam proses bertukar ke Malaysia untuk bekerja dan mendakwa kad kreditnya mengalami masalah untuk digunakan dan meminta wang daripada wanita tersebut untuk pelbagai tujuan.

Terpaut dengan janji manis, wanita berkenaan telah menyerahkan wang simpanan bank, simpanan Tabung Haji miliknya dan anak-anak. Selain itu, dia turut menjual barang kemas serta kereta pemberian bekas suami. Dia juga telah membuat pinjaman bank dan meminjam wang daripada ahli keluarga.

Kredit Foto: Malay Mail (Sayuti Zainudin)

Tambah Shafien lagi, wanita berkenaan telah membuat 59 transaksi ke 10 akaun milik individu berbeza antara Januari sehingga 9 April berjumlah RM223,010.

Bagaimanapun, wanita berkenaan mula sedar ditipu apabila suspek meminta wang RM1,700 dengan alasan dia telah ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak memakai pelitup muka.

Suspek mendakwa dia telah dikenakan kompaun RM1,000 dan RM700 digunakan untuk perbelanjaan semasa ditahan.

Kredit: Sinar Harian