‘Sampai mati aku tak maafkan’ – Wanita terkilan anak didera pengasuh, guna botol susu dah ‘berkerak’
Hati ibu bapa mana yang tidak remuk dan sedih apabila individu yang dipercayai iaitu pengasuh sanggup mendera anak mereka sendiri yang selama ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.
Seperti video dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Hasyyati Haris di laman TikTok, memaparkan anaknya yang dipercayai telah menjadi mangsa dera seorang pengasuh. Kejam!
‘Sampai mati aku tak maafkan’
Foto: Tangkap layar video
Ujar ibu muda ini, kejadian yang menimpa anaknya berlaku dua tahun yang lepas dan dimuat naik semula di TikTok, sebagai pengajaran kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati. Menerusi video-video yang dikongsi, dapat dilihat kesan lebam pada tubuh anaknya dan botol susu dipercayai tidak dibasuh sama sekali dan diberikan kepada kanak-kanak kecil itu.
Sampai mati aku tak maafkan. Bila aku nak tukar pengasuh sebab ramai sangat budak, kau tak nak. Pastu kau dera anak aku. Macam-macam alasan kau, siap kau maki aku pulak bila aku tanya apa jadi dekat anak aku.
Wanita ini juga sempat menceritakan dia sama sekali tidak pernah mengurangkan jumlah yuran bulanan walaupun hanya menghantar anaknya selama tiga hari bagi tempoh sebulan. Susulan daripada apa yang telah terjadi, wanita ini mengambil keputusan untuk membuat laporan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melaporkan tindakan tidak bertanggungjawab pengasuh itu.
Aku WhatsApp tanya apa jadi, terus dia maki cakap aku tak kenang budi. Dah setahun dia jaga anak aku. Ringkaskan cerita, aku ambil semua barang dekat rumah dia. So ini lah botol susu yang selama ini dia bagi dekat anak aku weii! Sedih weyh tapi hikmahnya aku tau dia bukan orang yang tepat untuk jaga anak aku. Kalau tak sampai sudah aku tak tahu botol susu anak aku macam ini.
Foto: Tangkap layar video
Kini, pengasuh tersebut dalam pemantauan pihak JKM dan wanita ini beranggapan terdapat hikmah dengan apa yang telah terjadi. Dia juga bersyukur berikutan mendapat petunjuk awal anaknya menjadi mangsa dera dan risau jika perkara tersebut boleh melarat sehingga memberi kesan terhadap fizikal dan mental.
Kalau tak aku mungkin tak dapat tengok anak aku senyum sampai hari ini. Tuhan bagi petunjuk awal dekat saya, supaya saya sedar dan nampak apa yang jadi dekat anak saya. Saya masih lagi bersyukur diuji macam tu dan salah satu hikmahnya dengan kecederaan itu saya dapat tahu anak saya didera dan saya boleh ambil langkah awal and then lepas kejadian itu, dua hari selepas terus saya dapat pengasuh yang sangat-sangat baik seorang nenek yang jaga anak saya macam cucu sendiri.
Sumber: Hasyyati Haris