“Sampai hujung kampung dengar…”,tiru gaya abah-abah bersin bikin terhibur

“Sampai hujung kampung dengar…”,tiru gaya abah-abah bersin bikin terhibur

Golongan ayah-ayah memang mempunyai gaya mereka yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir kesemua mereka mempunyai gaya yang sama. Kalau bercakap pasal bersin pula, memang semua dah tahu macam mana gayanya mereka bersin. Sama seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini yang melakonkan semula gaya golongan ayah-ayah ketika bersin.

Lakonan semula lelaki ini berjaya menghiburkan para netizen yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan. Bukan saja gaya yang mirip, malah bunyinya juga sama seperti bunyi bersin dari golongan ayah-ayah ini. Rata-rata netizen turut sama dapat relate dengan lakonan semula yang dilakukan ini.

@yeopscamander

Dad dad sneezing is another level 🔥 #fyp

♬ original sound – Amirul Faris – Amirul Faris

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini meniru gaya orang biasa dan golongan ayah-ayah ketika sedang bersin. Pada mulanya dia hanya bersin dengan cara biasa untuk meniru gaya orang biasa tetapi berbeza untuk golongan gaya ayah-ayah di mana bunyi bersin lebih kuat dan bergema. Cubaannya meniru gaya ini turut menghiburkan ramai netizen.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen bersetuju dengan gaya yang cuba ditirunya ini kerana bunyi tersebut memang lebih kuat sampaikan satu rumah boleh mendengarnya. Ada juga yang berseloroh apabila ayah-ayah bersin, bunyinya mengalahkan speaker di surau!