‘Sambal sedap, minyak tertumpah banyak’ Sambal Nyet KhairulAming dikritik buat pertama kali?
Siapa sahaja tak kenal dengan personaliti dan chef media sosial, Khairul Aming yang sering berkongsi resepi pelbagai jenis masakan yang mudah dan berjaya menarik ramai peminat.
Selain terkenal dengan video masakan, pemuda berusia 29 tahun ini juga mempunyai sebuah perniagaan yang diusahakannya iaitu Sambal Nyet yang sentiasa mendapat sambutan hangat. Mana tidaknya, setiap kali dia restock produk tersebut, pasti sahaja laris terjual dan pembeli harus berlumba-lumba mendapatkannya di e-dagang, Shopee.
Sambal sedap tapi isu packaging… minyak boleh tumpah pulak
Terbaharu, tular di aplikasi TikTok di mana seorang pengguna dikenali CikguSammi Coach Biz & Produk memberikan sedikit kritikan mengenai Sambal Nyet tersebut.
Menerusi video dimuat naik, CikguSammi menunjukkan bungkusan sambal yang baru diterimanya penuh dengan minyak tertumpah. Hal ini membuatkan dia mulai curiga terhadap kualiti sambal tersebut sama ada ia akan terjejas atau sebaliknya.
“…minyak dah tertumpah banyak. Aku adalah salah seorang peminat sambal Khairul. Tapi, kali ini kalau minyak dah tertumpah, tak pastilah kualiti akan terjejas atau tidak,”komennya mengenai isu tersebut.
@cikgusamm Mmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming
Hai, Khairul. Cikgu nak pesan…
Dalam masa sama, individu terbabit turut meninggalkan pesanan yang boleh ditambah baik oleh usahawan muda berkenaan terhadap cara pembungkusan produk sambal keluaran KhairulAming bagi mengelakkan kualitinya terjejas.
“Hai, Khairul. Cikgu nak pesan. Kalau boleh, buatlah testing botol ini sebelum order dengan supplier.
“Mungkin Khairul boleh consider tambah satu kotak packaging untuk elakkan perkara sebegitu berlaku.”ujarnya.
Bagusnya cara teguran
Teguran itu menerima komen positif di kalangan warganet di mana ramai memuji tindakan individu berkenaan yang dilihat memberikan kritikan membina.
Dah beli banyak kali, tak pernah lagilah dapat macam ni…
Selain itu, terdapat juga warganet mengatakan mereka tidak pernah menerima bungkusan sambal tersebut dalam situasi yang dilihat dalam video tersebut walaupun sudah lebih daripada 10 kali membeli sambal nyet.
Diharap dengan teguran ini, Khairul Aming dapat menerimanya dengan hati terbuka dan menambah baik cara pembungkusan produknya pada masa akan datang.
Sumber: TikTok @cikgusamm