Sambal Nyet didakwa dijual di kedai runcit, ramai keliru minta pencerahan Khairul Aming

Sambal Nyet didakwa dijual di kedai runcit, ramai keliru minta pencerahan Khairul Aming

 

Sebut sahaja nama Khairul Aming pasti ramai yang terbayangkan video-video masakannya yang ringkas dan menggiurkan. Salah seorang pempengaruh yang dihormati ramai, kisah kejayaan Khairul Aming antara yang sering dijadikan contoh dan idola.

Memiliki perniagaan sendiri yang mana produk jualannya adalah Sambal Nyet, peminat dan warganet memang terpegun dengan usaha dan caranya mengendalikan syarikat berkenaan.

Biarpun diusia masih muda, Khairul Aming sudah membina empayar perniagaannya sendiri. Malah apa yang lebih unik adalah Sambal Nyet hanya dijual menerusi platform Shopee sahaja.

Bagaimanapun, sudah tentunya sebelum ini ada isu Sambal Nyet palsu yang dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Sambal Nyet didakwa dijual di kedai runcit telah mencuri perhatian umum.

@candy.lily0

dekat kedai runcit area rumah korang ada ke🌚 #sambalnyetkhairulaming #sambalnyetberapi #fyp

♬ original sound – dramallergic

Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang gadis menunjukkan sejumlah botol Sambal Nyet didakwa dijual di kedai runcit. Perkongsian ini membuatkan ramai keliru dan meminta Khairul Aming jelaskan sendiri.

Ini kerana ramai yang tahu Sambal Nyet hanya dijual di platform dalam talian itu sahaja dan tiada sebarang ejen dilantik. Malah setiap pembelian dan pelanggan ada had yang tertentu.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memetik nama Khairul Aming dan memintanya untuk menjelaskan mengenai dakwaan tersebut. Berikut antaranya:

“Mana tahu kalau owner sendiri kedai beli dari Shopee in bulk untuk jual balik, masing2 pun untung”

Screenshot at Nov 04 12-58-56

“RM berapa dia jual haha”

Screenshot at Nov 04 12-58-37

“Kalau limit 2 botol, berapa agakny2 dia bayar untuk postage. Dah la Shopee takde free postage dah”

Screenshot at Nov 04 12-58-14

“Berapa ramai tolong tuan kedai battle kat Shopee ni”

Screenshot at Nov 04 12-57-31

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

 

SUMBERTIKTOK