Sambal Khairul Aming 10k terjual 3 minit, peminat syok dengar lagu Shopee berdesup masuk- “Bestnya…”

Sambal Khairul Aming 10k terjual 3 minit, peminat syok dengar lagu Shopee berdesup masuk- “Bestnya…”

Buat yang suka menonton video masakan di media sosial, tentunya personaliti media sosial yang dikenali sebagai Khairul Aming ini antara yang tersenarai, sangat popular!

Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk mencapai hal tersebut namun yang mengikutinya pasti sangat tahu bahawa Khairul Aming cukup gigih menghasilkan video-video masakan yang agak ringkas namun sangat sedap menu-menu yang dikongsikannya, ditambah pula dengan gayanya tersendiri dalam menghiburkan peminatnya.

Jadi bukanlah mustahil untuk Khairul Aming dapat menjual produk Sambal Nyet sehingga laris dengan begitu cepat seperti mana sekali lagi produknya itu terjual dengan begitu pantas.

IMG_20211010_230504

Khairul Aming membuatkan netizen terkedu apabila mendengarkan lagu Shopee yang berdesup masuk di telefonnya. Ianya kerana order yang masuk dengan pantas sehingga berjaya menjual 10,000 botol dalam tempoh tiga minit sahaja.

 

@kaklinyahaya

Fuhh!! 10k botol dlm masa 3 minits 🤣teringin nak dpt order shopee camni uiiii🤣🤣🤣🤣🤣😝😝😝#fyp #sambalnyet #viral #shopee

♬ suara asli – Ferly suhendar – Ferly suhendar

 

Order berdesup cepat yang masuk di Shopee Khairul Aming itu mengundang netizen meninggalkan pelbagai komen dan terkedu dengan penjualan Sambal Nyet miliknya yang begitu pantas.

“Kalau fon aku masuk noti macam ni, aku rasa tak sampai seminit dah…”

Khairul AmingIMG_20211010_230537

“Dia ibarat ex kau nak ajak get back, dia punya noti”

IMG_20211010_230602

“Bang cuba tukar noti shopee tu bunyi ayam berkokok”

Khairul AmingIMG_20211010_230642