Saksi dakwa Ebit Liew hantar gambar kemaluan di WhatApp
Berikut adalah perkembangan perbincaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew setakat hari ini.
Saksi pendakwaan yang merupakan seorang pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu menjadi saksi pertama yang memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana takut.
Ini kerana mangsa menganggap dirinya sebagai orang kecil dan tertuduh pula sebagai orang besar. Situasi ini membuatkan pengadu takut suara mereka tidak akan didengari.
Saksi juga mendedahkan telah menerima puluhan mesej aduan daripada mangsa-mangsa Ebit Lew melalui WhatsApp yang menerima gangguan seksual.
Pengadu takut nak buat laporan polis
Salah seorang individu yang hubungi saya adalah pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.
Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).
Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp.
Saksi cuba pujuk pengadu buat laporan polis
Jawapan ini diberikan Fairuz bagi menjawab soalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.