Sakit jiwa angkara ilmu hitam, lelaki serang jemaah masjid selepas bunuh isteri & anak

Sakit jiwa angkara ilmu hitam, lelaki serang jemaah masjid selepas bunuh isteri & anak

Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis gara-gara didakwa telah menetak kepala isterinya serta mengelar anaknya sendiri. Kejadian berkenaan berlaku di Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia semalam.

Serang jemaah masjid selepas bunuh isteri dan anak

Selepas melakukan perbuatan kejamnya itu, lelaki berkenaan kemudiannya dipercayai telah mengamuk dan menyerang para jemaah yang hendak beribadah pada ketika itu di masjid yang berada tidak jauh daripada rumahnya.

Lelaki berkenaan dikatakan ganas dan telah menyerang imam masjid sehingga menyebabkan luka pada bahagian telinga dan juga tangan imam berkenaan.

Para jemaah yang ada pada ketika itu menganggap lelaki itu hanya sekadar mengamuk sebelum mengetahui bahawa lelaki tersebut telah membunuh isteri serta anaknya di rumah.

Dipercayai alami sakit jiwa lepas tuntut ilmu hitam

Sekadar gambar hiasan

Ketika penduduk tempatan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk memberitahu perbuatannya kepada si isteri, alangkah terkejutnya mereka menemui jasad isteri serta anaknya yang sudah kaku dan berlumurah darah di atas lantai.

Susulan itu, penduduk tempatan telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis. Hasil siasatan polis mendapati suspek dikatakan mengalami sakit jiwa sejak dia menuntut ilmu hitam.

Walau bagaimanapun, suspek didapati turut mencuba untuk bunuh diri dengan mencederakan dirinya sendiri selepas pihak polis menemui kesan luka pada bahagian leher dan telinganya.

Sumber : Indozone