Menerusi perkongsian video dimuat naik di IG Story, Farra berkata pada awalnya dia tidak bersetuju suaminya berkongsikan mengenai keadaan dirinya kepada umum, namun Caprice berkata kepadanya supaya percaya pada Allah.

“Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

“Dia suka ambil input daripada netizen macam kongsi pengalaman, dia suka ambil tahu benda itu. Kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la berithau semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” katanya.